Bismillah

Sunday, November 22, 2009

C.I.N.T.A

"Jika ditanya tentang cinta
Macam macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan
Hilang keluarga
Lebih baik cinta pada Yang Esa"

- Cinta, Amy Mastura


Bila berbicara mengenai cinta.. ha... mula la tu.... Dah fikir macam-macam. Bila cakap pasal cinta, saya teringat kat sorang adik tu (Lukmanul Hakim) yang beria-ia mintak pendapat pasal cinta masa program rehlah sebelum final exam hari tu, teringat jugak pada sorang sahabat saya yang tak boleh melupakan "cinta pertama"nya.. (haha), teringat lak masa kisah dulu-dulu (malas dah nak ingat balik), teringat cerita-cerita kat surat khabar yang mengisahkan tindakan-tindakan bodoh orang-orang yang bercinta cam bercumbuan di tempat awam, dating, berzina, bunuh diri dan sebagainya...

Apakah itu cinta? Memang sakitlah kalau kat sini ade yang still tak tahu apa itu cinta. Cinta itu adalah satu perasaan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau 'sesuatu'.

Masa minggu final exam hari tu, saya ade gap seminggu sebelum paper yang seterusnya. Sempatlah saya habiskan membaca buku 'Kisah Cinta Dalam Al-Quran' karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ya Allah... Memang best yang amat buku tu. Berbagai-bagai jenis cinta ada dicerita dan dihuraikan dalam buku tu. Semuanya diambil dari dalam Al-Quran.

Apa yang saya nak highlight kat sini ialah setiap orang pasti dicampak dengan perasaan cinta tu. Tak kiralah cinta pada Allah ke, Rasulullah ke, mak ayah ke, pasangan ke, anak-anak, duit, diri sendiri, rumah, kereta, motor, laptop dan sebagainya. Biasa la tu dah nama pun manusia, memang dah fitrah Allah jadikan kita macam tu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik."

(Surah Ali Imran; 3: Ayat 14)

Tapi...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"

(Surah Al-An'am; 6: Ayat 32)

Tak salah kita mencintai apa yang ada kat dunia ni. Namun, biarlah rasa cinta itu berpaksikan kepada Allah dan Rasul-Nya dahulu. Janganlah kita terlalu cintakan dunia sehinggakan kita lupa tujuan utama kita dijadikan iaitu sebagai seorang hamba dan sebagai Khalifah Allah di muka Bumi ni. Jangan sampai kita terleka daripada tanggungjawab yang telah Allah pikulkan kepada kita iaini menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman, menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita? Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih terapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit al-Wahn.” Seseorang bertanya: “Ya Rasulullah, apakah al-Wahn itu?” Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Cinta dunia dan takut akan kematian.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud 3745)

Saya yakin semua faham dan jelas matlamat kita hidup kat dunia ni. Tapi, kalau dirungkaikan apa itu keadilan dan kezaliman, apa itu yang haq dan yang batil, dan apa itu amar ma'ruf nahi munkar tersangat sangatlah luas skopnya. Kalau nak dirungkai satu per satu memang panjang dan saya kira lebih afdhal dispesifikasikan dalam post yang akan datang, insyaALLAH.

Berbalik kepada maksud hadis di atas, "Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit al-Wahn (terlalu cintakan dunia dan takutkan mati)". Apa maksudnya? Adakah sama keadaan yang disebutkan dalam hadis di atas dengan keadaan seperti berikut??:

1. "Aku sayang nak tinggal tengok siri "..." kat dalam TV tiap-tiap episod."

2. "Aku tak boleh miss tengok bola (tapi boleh pulak miss Qiamullail dan solat Subuh)..."

3. "Cantiknye beg tu, cantiknye kasut ni, cantiknye make-up tu, cantiknye baju ni.. Mesti jugak kena beli (walaupun dah berlambak-lambak kat bilik tu melebihi daripada keperluan)!!"

4. "Hensemnye/cunnye "dia", tak kire camne skalipun aku mesti kena tackle dia, dia mesti jadi milik aku!!!"

5. "Syoknye dengar lagu nih, aku mesti jugak cari album penyanyi ni!! Kena kumpul semua album dia."

6. "Wah, bestnye dia tu dapat jadi penyanyi. Aku pun nak jugaklah masuk AF/ Gengstarz/Mentor/Malaysian Idol... Boleh jadi glemer cam diorang..."

7. "Aku tak boleh buat benda ni, boleh jatuh reputasi aku nanti. Kang diorang tak nak pulak undi aku masa pilihanraya nanti..."

8. "Dah azan...takpelah, lepas habis cerita/main game/ ni nanti baru sembahyang... sembahyang kat rumah je pun takpe, surau/masjid jauh, asalkan tak tinggal solat..."

Kalau nak senarai semua, jenoh tak sudah sampai bila-bila. Ha, itulah antara senarai perkara-perkara duniawi yang kadang-kadang kita tak sedar boleh melalaikan diri kita, melemahkan diri kita, seterusnya menghancurkan diri kita sendiri. Sedar tak?? Kadang-kadang kita nampak benda-benda ni macam benda kecik je, tapi benda kecik ni la yang boleh membawa impak yang besar dalam diri kita, boleh menyebabkan orang lari dari matlamat asal hidup dia sebab terlalu asyik dengan kehidupan dunia.

Saya bagi satu contohla, kita tengok filem mat salleh, mat toleh pe semua, ada unsur-unsur maksiat, paling ringan pun pegang-pegang, bercumbuan, apa perasaan kita waktu tu? Adakah kita rasa sakit hati bila perkara-perkara camtu muncul kat depan mata kita? Ataupun kita rasa biasa je, takde benda pun? Ataupun kita rasa eeii...seronoknya diorang buat camtu? Kalaulah dalam hati kita ni ada rasa benci tu alhamdulillah, tapi kalau dah sampai tahap takde rasa apa malah lebih teruk lagi berasa seronok melihat kemungkaran tu.... Tanyelah balik, kat mana iman kita sebenarnya pada waktu tu???

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dari abu Said al-Khudri, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Siapa diantara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) kengan tangannya (kekuasannya), jika dia tidak sanggup, maka dengan lisannya (menasihatinya), dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya(merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman".

(Hadis Riwayat Muslim)

Kadang-kadang (selalunya kot) kita dah sedia maklum perkara halal dan haram, apa yang Allah suruh, apa yang Allah tegah, tapi kita still tak nak buat apa yang disuruh, still nak buat jugak apa yang dah ditegah. Tak nak tundukkan ego di depan Allah. Kenapa boleh jadi macam tu ye? Itulah namanya kita ni termasuk dalam orang-orang yang mempunyai penyakit al-Wahn tu. Terlalu sangat cintakan kehidupan kat dunia ni sampai mengabaikan perintah Allah. Sebab tu musuh-musuh kita (Yahudi La'natullah, golongan-golongan kafirun, munafiqun) dah hilang rasa takut pada kita (umat Islam) dan sewenang-wenangnya memperlakukan apa yang diorang nak pada saudara-saudara se-Islam kita, buatlah filem fitna, karikatur Nabi Muhammad SAW... Kita pulak dok leka, khayal je dengan hidup ni... Kalau sedar pun kejap je, kalau boikot pun waktu tu je, lepas tu beli balik barang-barang yang tak patut dibeli tu.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kehidupan disekeliling kita pada hari ni menjadi bukti bahawa ramai di antara kita terlalu cintakan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Kalau rasa cinta kat dunia tu lebih daripada cinta pada Allah dan Rasulullah, adakah individu tu akan bersungguh-sungguh untuk nak sampaikan Islam kepada orang ramai? Adakah individu tu akan berusaha semahu-mahunya untuk mengubah kehidupannya dan keadaan sekelilingnya, termasuk keluarga dan jiran tetangganya? Adakah individu itu sanggup untuk korbankan apa sahaja yang ada di dunia ni(pointer 4.0, dapat anugerah dekan setiap sem,..) semata-mata ingin menegakkan syariat Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan bagi menubuhkan Daulah Islamiyah(negara Islam) tu sendiri???

Selalu timbul persoalan-persoalan ni dalam diri kita kan? Sedih, kononnya tak sanggup dapat pointer yang boleh menyebabkan ibu dan ayah kecewa. Tapi sampai satu tahap, barulah saya faham. Bukan kita tak sayangkan ibu dan bapa kita, tapi seharusnya cinta pada Allah dan Rasulullah tu diletakkan pada level yang paling atas dalam hidup kita. Dan disebabkan kuatnya perasaan cinta pada Allah dan Rasulullah inilah yang banyak memberikan kekuatan dan motivasi dalam diri seseorang tu untuk terus bangkit walau bermacam-macam ujian menimpa diri. Cinta kepada Allah dan Rasulullah-lah yang menyebabkan individu tu sanggup ketepikan segala rasa kekecewaan dalam diri, dan terus lakukan apa yang patut dilakukan agar Islam terus tersebar, agar ada mata-mata rantai yang bakal menyambung perjuangan menyebarkan Islam, agar perjuangan Islam tidak akan terhenti generasi ke generasi... Dan perjuangan ini bukan hanya sekadar berhenti selepas keluar Universiti, bahkan berterusan sampai mati... Insya Allah...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq."

(Surah At-Taubah; 9: Ayat 24)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim."

(Surah At-Taubah; 9: Ayat 19)

Bak kata orang, cinta itu buta. Begitu hebatnya kuasa cinta ni dalam mempengaruhi diri seseorang. Kalau kita cintakan Allah lebih dari segala-galanya, walau macam mana susah pun kita akan teguh dan tetap berusaha menyeru serta mengamalkan suruhan Allah. Kita juga akan tegah orang lain daripada menderhakai Allah, dalam masa yang sama kita juga akan tinggalkan maksiat semata-mata kerana cinta yang mendalam kepada Sang Pencipta, walaupun kita sebelum ni lazim dan begitu senang melakukan maksiat tersebut.

Kalau cinta kita pada Allah melebihi daripada segalanya, kita sanggup merasa pedih meninggalkan couple kita sebab tahu Allah tak suka. Kalau kita cintakan Allah sepenuh hati, dia tidak kisah untuk menginfakkan semua hartanya di jalan Allah. Kalau Allah adalah cinta teragung kita, segala kecintaan kita pada dunia semua dalam lingkungan dan tidak melebihi batasan yang dah Allah tetapkan, semuanya mengikut syariat Allah...

Ada seorang junior (Alia) pernah tanya saya, macam mana nak dapat cinta Allah tu? Susah sangat... Ya, memang susah. Memang susah sekiranya kita belum mampu untuk lepaskan semua yang ada kat dunia ni dan hanya mengharapkan redha Allah semata-mata. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Tapi, once cinta Allah dah diperolehi, betapa manis rasanya bercinta dengan Allah. Kita akan mendapat kekuatan dan ketahanan jiwa yang luar biasa. Tiada benda lain yang diharapkan melainkan untuk bertemu dengan cinta sejatinya.

"Hasbi robbi jallallah, ma fi qolbi ghoirullah..."

Semoga memperoleh cinta Allah. Wallahua'lam Bissowab.

- Umar

0 comments:

Post a Comment

 
Ke Arah Generasi Dae. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.