Bismillah

Monday, January 4, 2010

ORKED : Tanda Sayang Mahasiswa

Kembara dakwah di malam tahun baru dan malam merdeka telah menjadi rutin kepada GAMIS. Program atas dasar kasih sayang dan keprihatinan mahasiswa dengan masyarakat ini sekali lagi di adakan pada malam tahun baru yang lepas. Hampir 800 mahasiswa turun membanjiri dataran merdeka bagi menyertai Operasi Kehadiran Dirasai(ORKED) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Operasi bermula di Masjid Jamek dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat ke atas air yang akan di berikan kepada mad'u.

Kemudian semua mahasiswa berkumpul di luar perkarangan masjid untuk taklimat program dan keselamatan. Pembahagian kumpulan dan cara berhadapan mad'u di beri oleh Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan (MDK GAMIS), kemudian operasi bermula. Kemuncak ORKED ini apabila semua mahasiswa berkumpul di tengah padang dataran merdeka dan mengadakan ucapan umum secara terbuka. Ucapan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS Ustaz Idris serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ustaz Shazni Munir menaikan semangat dan membuka minda mahasiswa untuk berfikir tentang cara sambutan tahun baru yang sebenar, bagaimana keadaan Malaysia dan apa harapan mahasiswa untuk Malaysia pada tahun baru ini. Pengakhiran operasi ini dengan bacaan doa serta laungan takbir dan STUDENT-POWER.



Fenomena mahasiswa turun ke masyarakat pada awal tahun baru ini bukan berlaku di Lembah Kelang sahaja, malahan hampir di seluruh Malaysia. GAMIS Borneo juga turun ke masyarakat di Labuan atas dasar yang sama untuk menyedarkan dan membimbing generasi ke arah lebih baik. Perkara yang sama turut berlaku di negeri-negeri lain seperti di Perak juga Kedah.

Seluruh kepimpinan GAMIS mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh mahasiswa Malaysia yang cakna dan mengambil bahagian dalam operasi dakwah ini. Semoga segala usaha di rahmati Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Ke Arah Generasi Dae. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.