Aidilfitri yang datang kali ini benar-benar menguji kesabaran, ketabahan dan sifat kemanusiaan kita. Di masa-masa kita bergembira tiba-tiba kita di gemparkan dengan Taufan Ketsana yang mengorbankan lebih 400 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja di ambang penghujung ramadhan dan di awal syawal. Ianya disusuli dengan peristiwa gempa bumi di negara jiran kita Indonesia.Padang yang dulu megah dengan cendiakawan kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur.Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter itu, yang melanda pada 30 September lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 807 orang dan memusnahkan kemudahan perubatan di bandar Padang dan kawasan sekitarnya.
Ketika kita enak makan lemang,ketupat dan rendang mereka hanya makan mee segera dan biskut kering sahaja. Ketika kita berpakaian raya baru mereka pula sehelai sepinggang tanpa pakaian. Bukan sekadar di Indonesia sahaja. Juga turut di ratap bersama pada hari sama juga, tsunami membadai Samoa Amerika dan Samoa Barat, mengakibatkan hampir 150 orang maut. Ianya tidak habis disitu, beberapa hari lalu, Filipina sekali lagi dilanda musibah taufan disifatkan sebagai 'super typhoon' dikenali Taufan Parma, mengakibatkan banjir kilat yang mengorbankan hampir 300 orang di Manila dan sekitarnya. Taufan itu melanda timur laut pulau Catanduanes di tengah Filipina pada kelajuan 180 kilometer sejam, meniup kencang menghala ke arah barat daya menuju tanah besar Luzon, dengan membawa hujan yang amat lebat. Aidilfitri terus disambut dengan ratapan tangisan apabila pembunuhan 3 orang muslim serta penahanan 60 orang murid dan guru sekolah agama di Selatan Thai.Mungkin asyik kita bermain mercun bom di kampung halaman, Palestin masih berjaga-jaga mengelak bom dari laknat Yahudi. MasyaAllah...
Diluar kemampuan kita untuk membantu mereka di luar negara, hanya doa dan sedikit bantuan dari jauh boleh dihulurkan. Di Malaysia juga kita mengalami permasalahan. Aidilfitri yang disambut dengan gembira oleh kebanyakan orang, tetapi masih ada lagi yang sedih. Menangguh kemiskinan,kemelaratan,kesengsaraan dan kesakitan yang meruncing. Adakah kita bersama mereka? Pernahkah kita merasa seperti mereka? Dimana kita ketika mereka berduka? Dimana bantuan kebajikan? Dimana dakwah dari kita? Hanya penuh dakyah kristian yang bertemakan kebajikan membantu mereka... Adakah kita peka hal ini? Renung-renunglah wahai sahabat. Sama-sama kita bersyukur dengan kurnia kepada kita dan sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan sumbangan psikologi, kewangan, rohani dan fizikal.
Mukhlis
0 comments:
Post a Comment