Bismillah

Monday, February 1, 2010

LAPORAN FORUM IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' DI MALAYSIA..

LAPORAN FORUM IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' DI MALAYSIA..

BANGI: Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) dengan kerjasama pihak Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PBBB) telah menganjurkan forum yang bertajuk “Implikasi Penggunaan Kalimah ‘ALLAH’ di Malaysia”.
Program yang bertempat di Dewan Cempaka, Bangunan Kompleks PKNS Bangi itu ,telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yangt baik daripada mahasiswa palnagai kampi dan penduduk sekitar Bangi. Antara pelajar kampus yang telah menghadiri forum tersebut adalah para pelajar dari Kampus UPM Serdang,UKM Bangi dan Kuala Lumpur, UNITEN, serta tidak ketinggalan para pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Universiti Malaya dan MSU Shah Alam.

Para pemerhati telah mula memenuhi dewan bermula pada jam 8.00 malam dan majlis telah menerima ketibaan VIP dan para ahli panel pada jam 8.45 malam. Majlis yang terdiri daripada YB Dr. Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Mohammed Yusof b Dawood Gany, pensyarah psikologi, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan saudara Mohd Idris b Mohd Yussoff, Presiden GAMIS sebagai para panelis itu telah dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.Majlis kemudiannya diteruskan dengan perasmian oleh Dr. Tajul Ariffin bin Nordin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PBBB). Malaysian Forum bermula kira-kira pada jam 9.15 malam.

Gelanggang forum tersebut telah dibuka oleh YB Dr. Mujahid Yusof Rawa dari Parit Buntar. Beliau telah menyatakan kesenangan beliau menerima jemputan dari pihak penganjur walaupun seharusnya mengosongkan jadual beliau pada hari tersebut bagi meluangkan masa bersama keluarga. Namun begitu, beliau tetap bersama-sama dengan isteri untuk menghadiri forum tersebut. Tambah menghangatkan suasana apabila beliau menyatakan pendirian beliau bahawa penggunaan kalimah Allah oleh para penganut bukan Islam bukanlah satu kesalahan dalam Islam. Hal ini di perteguhkan melalui kisah semasa Nabi Muhammad s.a.w meminta musyrikin Mekah bersumpah atas nama Allah. Selain itu, beliau turut menyatakan beberapa firman Allah yang tidak melarang penggunaan kalimah tersebut oleh penganut bukan Islam. Walaubagaimanapun,menurut beliau Allah dalam konsep Islam sama sekali tidak sama dengan konsep ‘trinity’ yang digambarkan oleh penganut Kristian. Maka para penganut Islam haruslah berpegang teguh dengan konsep Allah Yang Maha Esa seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Pada pusingan pertama ini,masa yang telah diambil untuk menamatkan satu pusingan ini ialah kira-kira selama 45 minit.

Pusingan ini telah diteruskan oleh saudara Mohammed Yusof b Dawood Gany. Beliau merupakan seorang ahli akademik di UNITAR dalam bidang psikologi. Penglibatan beliau dalam aktiviti perbandingan agama telah memberi kekuatan kepada beliau dalam mengutarakan pendapat beliau berkenaan isu ini. Beliau telah membanding tara perbezaan antara konsep ‘Allah’ sebagai tuhan dalam agama Islam dan agama Kristian menurut Al-Quran dan Bible. Namun begitu,menurut penjelasan dan bukti yang dibawa oleh beliau, ternyata ‘Allah’ dalam pernyataan Jesus di dalam Bible adalah sama dalam konsep ‘Allah’ sebagai Tuhan Yang Maha Esa di dalam Al-Quran. Bukti ini ternyata telah membuka mata para penganut Kristian bahawa terdapat beberapa pencanggahan ayat di dalam Bible mengenai konsep ketuhanan dalam agama tersebut. Saudara Mohammed Yusof juga telah menyatakan pendirian beliau bahawa penggunaan kalimah Allah oleh para penganut bukan Islam bukanlah satu kesalahan dalam Islam malahan haruslah digunakan sebagai platform untuk berdakwah kepada golongan bukan Islam. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan membakar gereja dan rusuhan yang berlaku tidak seharusnya berlaku kerana ternyata bertentangan dengan ajaran Islam. Beliau turut menyatakan larangan Allah dalam isu membakar rumah-rumah ibadat walaupun dalam peperangan. Sebagai mengakhiri hujah beliau.beliau telah mengalu-alukan para penganut Kristian untuk berdialog bersama beliau.

Kira-kira 45 minit selepas panelis kedua memulakan bicara,panelis ketiga tambah menghangatkan suasana dengan menegaskan bahawa membenarkan tidak sama dengan meredhai. Saudara Mohd Idris b Mohd Yussoff merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS). Beliau menyatakan kekagumannya pada aturan Allah yang telah menemukan ketiga-tiga ahli panel tersebut yang mempunyai persamaan pada nama Yusof dalam nama penuh mereka. Beliau yang merupakan bekas penuntut Darul Quran dan kini penuntut di UKM telah sepakat dengan ahli panel yang lain untuk mengizinkan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut bukan Islam. Namun,beliau menegaskan bahawa keizinan ini tidak bermaksud umat Islam meredhai ‘Allah’ berkonsep ‘Trinity’ seperti ajaran Kristian. Beliau sekaligus menyatakan pendirian itu dibuat berdasarkan firman Allah di dalam Al-Quran yang merupakan pegangan umat Islam hingga ke Hari Kiamat. Saudara Idris juga turut menyeru umat Islam untuk bersama-sama melihat isu umat iaitu masalah sosial yang lebih membimbangkan sebagai isu serius, berbanding isu penggunaan kalimah ‘Allah’.
Setelah tamat sesi pertama, forum tersebut telah diteruskan dengan sesi soal jawab. Pelbagai bentuk soalan telah diutarakan ,ada yang menyatakan ketidakpuasan hati jika nama Tuhan Yang Agung diguna pakai oleh penganut bukan Islam. Terdapat juga peserta yang mempertikaikan peranan kerajaan dalam mengendalikan isu masalah umat dalam kalangan masyarakat Malaysia dan pelbagai bentuk soalan lagi telah dikemukan. Namun begitu,persoalan-persoalan ini telah dijawab dengan baik oleh para panelis.
Sebagai penutup forum, para panelis diminta untuk membuat rumusan bagi hujahan yang telah mereka bawa. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian cendermata kepada para panelis, Pengerusi PBBB, Dr. Tajul Ariffin bin Nordin dan saudara Muhammad Zaki bin Sukery sebagai moderator forum. Majlis bersurai pada jam 11.00 malam dan para panelis telah dijamu dengan sedikit jamuan ringan oleh pihak penganjur.

Disediakan oleh,
Noor Shuhada Nor Azman

Diluluskan oleh,

Munirah Nik Sulaiman
Pengarah Malaysian Forum: Implikasi Penggunaan Kalimah ’Allah’ di Malaysia

Monday, January 18, 2010

MALAYSIAN FORUM: “IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ DI MALAYSIA ”


MALAYSIAN FORUM: “IMPLIKASI PENGGUNAAN KALIMAH ‘ALLAH’ DI MALAYSIA ”


Tarikh : 19 Januari 2010 ( Hari Selasa)

Masa : 8 – 11 malam

Tempat : Dewan Cempaka, Bangunan

Kompleks PKNS Bangi

Panel Forum : >> YB Mujahid Yusof Rawa (Pegerusi

Lajnah Perpaduan Nasional PAS)

>> Mohammed Yusof b Dawood Gany

(Pensyarah UTAR)

>> Saudara Mohd Idris b Mohd Yussoff

(Presiden GAMIS)

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam

SeMalaysia (GAMIS) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PBBB)




Directions ke tempat program:

Untuk kenderaan awam, naik train kat mana-mana, turun di UKM, kami akan sediakan pengangkutan dari tran UKM ke PKNS Bangi. Boleh hubungi kami seperti tertera dibawah emel ini.

1. UM (PJ) - PKNS Bangi
Naik Federal Highway>> Cari arah KL>>Cari signboard Seremban>>Ikut Signboard seremban>> Tol Sg Besi ambil tiket>>Keluar EXIT kajang>>Straight ke B.B.Bangi>>Sampai Simpang tiga>> masuk kiri ke section 8 B.B.Bangi>> Kompleks PKNS di sebelah kanan

2. UIA (Gombak) - PKNS Bangi
Ikut MRR II>>ke arah Kelang>>Ikut signboard seremban>>Jumpa tol Sg Besi>> ke PKNS (sama macam no 1)

3. UiTM Shah Alam - PKNS Bangi
Ikut Federal highway ke arah KL>> (sama macam no. 1) ke PKNS




Sebarang masalah berkenaan tempat atau sebagainya, sila hubungi Jihaduddin (013-3584561) atau Nadhira (013-6292007) .

Monday, January 4, 2010

ORKED : Tanda Sayang Mahasiswa

Kembara dakwah di malam tahun baru dan malam merdeka telah menjadi rutin kepada GAMIS. Program atas dasar kasih sayang dan keprihatinan mahasiswa dengan masyarakat ini sekali lagi di adakan pada malam tahun baru yang lepas. Hampir 800 mahasiswa turun membanjiri dataran merdeka bagi menyertai Operasi Kehadiran Dirasai(ORKED) anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Operasi bermula di Masjid Jamek dengan bacaan Yaasin dan Solat Hajat ke atas air yang akan di berikan kepada mad'u.

Kemudian semua mahasiswa berkumpul di luar perkarangan masjid untuk taklimat program dan keselamatan. Pembahagian kumpulan dan cara berhadapan mad'u di beri oleh Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan (MDK GAMIS), kemudian operasi bermula. Kemuncak ORKED ini apabila semua mahasiswa berkumpul di tengah padang dataran merdeka dan mengadakan ucapan umum secara terbuka. Ucapan yang disampaikan oleh Presiden GAMIS Ustaz Idris serta Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ustaz Shazni Munir menaikan semangat dan membuka minda mahasiswa untuk berfikir tentang cara sambutan tahun baru yang sebenar, bagaimana keadaan Malaysia dan apa harapan mahasiswa untuk Malaysia pada tahun baru ini. Pengakhiran operasi ini dengan bacaan doa serta laungan takbir dan STUDENT-POWER.



Fenomena mahasiswa turun ke masyarakat pada awal tahun baru ini bukan berlaku di Lembah Kelang sahaja, malahan hampir di seluruh Malaysia. GAMIS Borneo juga turun ke masyarakat di Labuan atas dasar yang sama untuk menyedarkan dan membimbing generasi ke arah lebih baik. Perkara yang sama turut berlaku di negeri-negeri lain seperti di Perak juga Kedah.

Seluruh kepimpinan GAMIS mengucapkan jutaan terima kasih buat seluruh mahasiswa Malaysia yang cakna dan mengambil bahagian dalam operasi dakwah ini. Semoga segala usaha di rahmati Allah.

Sunday, December 13, 2009

Top 10 Misconceptions About Islam

In the words of Swiss journalist and author, Roger Du Pasquier “The West, whether Christian or dechristianised, has never really known Islam. Ever since they watched it appear on the world stage, Christians never ceased to insult and slander it in order to find justification for waging war on it. It has been subjected to grotesque distortions the traces of which still endure in the European mind. Even today there are many Westerners for whom Islam can be reduced to three ideas: fanaticism, fatalism and polygamy. Of course, there does exist a more cultivated public whose ideas about Islam are less deformed; there are still precious few who know that the word islam signifies nothing other than ’submission to God’. One symptom of this ignorance is the fact that in the imagination of most Europeans, Allah refers to the divinity of the Muslims, not the God of the Christians and Jews; they are all surprised to hear, when one takes the trouble to explain things to them, that ‘Allah’ means ‘God’, and that even Arab Christians know him by no other name. “

10
Muslims are Arabs

China 9X

Misconception: All Muslims are Arabs

The common image of a Muslim is a turbaned dark Arab man with a long beard. However this image is part of the minority of Muslims. Arabs make only 15% of the world’s Muslim population. As a matter of fact the Middle East comes in third with East Asia coming in at first (69%) and Africa (27%) coming in at second. Another common misconception is that all Arabs are Muslims. While the vast majority of Arabs are Muslims (75%), there are many other religions that Arabs practice including Christianity and Judaism.

9
Muslims and Jesus

Lastjudgment30D

Misconception: Muslims Hate Jesus

There are many similarities between the historical references of Christianity and Islam. Many people are amazed to find out that according to Muslim belief, Jesus is one of the greatest messengers of God. One cannot be a Muslim without believing in the virgin birth and the many miracles of Jesus Christ. Jesus is also mentioned in many verses of the Quran and is often used as an example of good virtue and character. However, the main difference between Christianity and Islam is that Muslims do not believe that Jesus was God. Pictured above is Jesus in an Islamic portrayal of the last judgement.

8
Children’s Rights

Picture 1-106

Misconception: Children have no rights

Children, according to Islamic law, have various rights. One of these is the right to be properly brought up, raised, and educated. Islam encourages children to be brought up well because it is the responsibility of an adult to raise his child to become a moral and ethical adult. Children must also be treated equally. When giving financial gifts they should all be the same amount and there should be no preference among them. Children are even permitted to take moderately from their parent’s wealth to sustain themselves if the parent declines to give them proper funds for living. A child is also not allowed to get hit in the face or hit by anything larger than a pencil.

7
Religious Intolerance

Sat-B4-Chsfr-Synaxis-Monastics

Misconception: Islam is intolerable to other religions

‘Kill the infidel’ is the phrase many people believe is the ideology that Muslims have towards the non Muslims. This, though, is not a correct portrayal of Islamic law. Islam has always given respect and freedom of religion to all faiths. In the Quran it says “God does not forbid you, with regards to those who fight you not for religion nor drive you away out of your homes, from dealing kindly and justly with them, for god loves those who are just.” There are many historical examples of Muslim tolerance towards other faith. One such example was when the caliph Umar was ruler of Jerusalem from 634 to 644 AD. He granted freedom to all religious communities and said that the inhabitants of his city were safe and that their places of worship would never be taken away from them. He also set up courts that were designated to the non Muslim minorities. Whenever he would visit holy areas he would ask for the Christian patriarch Sophronius (pictured above) to accompany him.

6
Islamic Jihad

I28 17796607

Misconception: Jihad means to fight for the sake of god

The true Arabic meaning of the word jihad is struggle. However in Islam it is often used to describe the striving in the way of god. There are many forms of jihad but the most important ones are Jihad al-nafs (jihad against ones self), jihad bil-lisan (jihad by being vocal), jihad bil yad (jihad by using action), and Jihad bis saif (jihad by using the sword). Each jihad is ranked differently and it was reported that Muhammad returned from a battle and said “We have returned from the lesser jihad (going into battle) to the greater jihad (the struggle of the soul).” This means that a Muslim struggling against himself and his soul is more important than the jihad of going into war. Another misconception is that only when a person dies in war does that person becomes a martyr. This is, however, false and it is believed that anyone doing anything for the sake of god and is killed becomes a martyr. A person who dies while performing pilgrimage in Mecca, a woman who dies while giving birth, or even someone who dies in a car crash while he was on his way to the mosque are all considered martyrs.

Just paying the bills...



5
Child Bride

Mo Aisha Daughter-1

Misconception: The Prophet Muhammad was a pedophile

While it is true that he married a girl that was at the age of nine that does not constitute pedophilia. Historically, the age at which a girl was considered ready to be married has been puberty. This was the case in Biblical times, and is still used today to determine the age of marriage in many parts of the world. This was part of the norm and is not something that Islam invented. The girl he got married to had reached puberty 3 years before marriage. It is upon reaching the age of puberty that a person, man or woman, becomes legally responsible for their actions under Islamic law. At this point, they are allowed to make their own decisions and are held accountable for their actions. It should also be mentioned that in Islam, it is unlawful to force someone to marry someone that they do not want to marry. There is no indication that the society at that time criticized this marriage due to the girl’s young age. On the contrary, the marriage was encouraged by the girl’s family and was welcomed by the community at large.

4
Muslim Savages

The Islamic War

Misconception: Muslims are savages and barbaric during war

Quite the contrary, when it comes to the conduct of war there are ten rules that every Muslim army must obey:

1. Do not commit treachery
2. Do not deviate from the right path
3. Do not mutilate dead bodies
4. Do not kill children
5. Do not kill women
6. Do not kill aged men
7. Do not harm or burn trees
8. Do not destroy buildings
9. Do not destroy an enemy’s flock, unless you use it for your food
10. When you pass people who have devoted their lives to monastic services leave them alone

During the crusades when Saladin defeated the franks he honored the defeated Frankish army and supplied them with food and during the third crusade when Saladin’s enemy king Richard fell sick, Saladin sent him a gift of fruits and horses.

3
Women’s Rights


Misconception: Women have no rights

Woman wearing a veil from head to toe, a woman who gets unfair justice or a woman who is not allowed to drive is an all too familiar notion when it comes to women treatment in Islam. And while there are Muslim countries in the world that do implement many harsh rulings against women, this should not be portrayed as Islamic law. Many of these countries have cultural differences that go against the teachings of Islam. It should be noted that during pre-Islam Arabia women were used for fornication only and had no independence. The birth of a daughter in a family was considered humiliating and the practice of female infanticide was uncontrolled. When Islam came to being, verses in the Quran condemned the practice of female infanticide. Islam gave back many human rights to the woman and Muhammad(s) was even reported saying that “women are the twin halves of men.” A Muslim woman is allowed to reject and accept any suitor for marriage and has the right to seek divorce. There is nothing in Islam that forbids a Muslim woman from exiting her house and is allowed to drive. Also in regards to education, a woman is obligated to seek knowledge and it is considered a sin if she refuses.

2
By the Sword

Islammongolsyurts

Misconception: Islam was spread by the sword

Historian De lacey O’Leary states “History makes it clear however, that the legend of fanatical Muslims sweeping through the world and forcing Islam at the point of the sword upon conquered races is one of the most fantastically absurd myths that historians have ever repeated.” There is no record in history that shows people being forced by sword point to convert to Islam. When Islam spread through countries they would set up private churches and synagogues for the non Muslims they were governing and because of the good treatment they had received they themselves would convert. If one considers the small number of Muslims who initially spread Islam to the west all the way from Spain and Morocco and into east from India and China one would realize that such a small group of people could not force others to be members of a religion against their will. It is also interesting to note that when the Mongols invaded and conquered large portions of the Islamic empire, instead of destroying the religion they adopted it!

1
Islamic Terrorism

Itikaf-080923 03

Misconception: Muslims are terrorists

This is by far the biggest misconception of Islam, given unfairly by stereotyping and the public image that the media gives. Has anyone else noticed how when a specific group of people attack another group of people it is labeled as a ‘hate crime’, but when a Muslim opens fire on anybody it is quickly regarded as ‘terrorism’. Many political dictators and officials or extremist groups use the name of Islam as a strategy to garner followers and attention when many of their practices go against the true basis of Islam. The media has also portrayed Islam as a cult or a club where if you join you become a terrorist and that is now part of your agenda. However all over the world people practice Islam in the true form and use it as a way of life. There are many verses in the Quran that go against the idea of terrorism. Some of these verses include “fight in the way of Allah those that fight you but do not transgress limits for god does not love transgressors.” This basically means do not fight except in self defense and even in doing so do not go beyond defense. Another verse states “if they seek peace, then you seek peace,” which means do not attack people for no reason or kill innocent people. There is nowhere in Islam, whether it be in the Quran or the teachings of Muhammad, that promotes the killing of innocent people. Pictured above is a conference of Muslims against Terrorism.

Taken from:-
http://listverse. com/2009/ 07/10/top- 10-misconception s-about-islam/

Sunday, November 22, 2009

C.I.N.T.A

"Jika ditanya tentang cinta
Macam macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan
Hilang keluarga
Lebih baik cinta pada Yang Esa"

- Cinta, Amy Mastura


Bila berbicara mengenai cinta.. ha... mula la tu.... Dah fikir macam-macam. Bila cakap pasal cinta, saya teringat kat sorang adik tu (Lukmanul Hakim) yang beria-ia mintak pendapat pasal cinta masa program rehlah sebelum final exam hari tu, teringat jugak pada sorang sahabat saya yang tak boleh melupakan "cinta pertama"nya.. (haha), teringat lak masa kisah dulu-dulu (malas dah nak ingat balik), teringat cerita-cerita kat surat khabar yang mengisahkan tindakan-tindakan bodoh orang-orang yang bercinta cam bercumbuan di tempat awam, dating, berzina, bunuh diri dan sebagainya...

Apakah itu cinta? Memang sakitlah kalau kat sini ade yang still tak tahu apa itu cinta. Cinta itu adalah satu perasaan sayang yang amat mendalam terhadap seseorang atau 'sesuatu'.

Masa minggu final exam hari tu, saya ade gap seminggu sebelum paper yang seterusnya. Sempatlah saya habiskan membaca buku 'Kisah Cinta Dalam Al-Quran' karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ya Allah... Memang best yang amat buku tu. Berbagai-bagai jenis cinta ada dicerita dan dihuraikan dalam buku tu. Semuanya diambil dari dalam Al-Quran.

Apa yang saya nak highlight kat sini ialah setiap orang pasti dicampak dengan perasaan cinta tu. Tak kiralah cinta pada Allah ke, Rasulullah ke, mak ayah ke, pasangan ke, anak-anak, duit, diri sendiri, rumah, kereta, motor, laptop dan sebagainya. Biasa la tu dah nama pun manusia, memang dah fitrah Allah jadikan kita macam tu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik."

(Surah Ali Imran; 3: Ayat 14)

Tapi...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?"

(Surah Al-An'am; 6: Ayat 32)

Tak salah kita mencintai apa yang ada kat dunia ni. Namun, biarlah rasa cinta itu berpaksikan kepada Allah dan Rasul-Nya dahulu. Janganlah kita terlalu cintakan dunia sehinggakan kita lupa tujuan utama kita dijadikan iaitu sebagai seorang hamba dan sebagai Khalifah Allah di muka Bumi ni. Jangan sampai kita terleka daripada tanggungjawab yang telah Allah pikulkan kepada kita iaini menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman, menegakkan yang haq dan menghapuskan yang batil, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita? Bahkan kalian banyak, namun kalian seperti buih terapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit al-Wahn.” Seseorang bertanya: “Ya Rasulullah, apakah al-Wahn itu?” Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Cinta dunia dan takut akan kematian.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud 3745)

Saya yakin semua faham dan jelas matlamat kita hidup kat dunia ni. Tapi, kalau dirungkaikan apa itu keadilan dan kezaliman, apa itu yang haq dan yang batil, dan apa itu amar ma'ruf nahi munkar tersangat sangatlah luas skopnya. Kalau nak dirungkai satu per satu memang panjang dan saya kira lebih afdhal dispesifikasikan dalam post yang akan datang, insyaALLAH.

Berbalik kepada maksud hadis di atas, "Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit al-Wahn (terlalu cintakan dunia dan takutkan mati)". Apa maksudnya? Adakah sama keadaan yang disebutkan dalam hadis di atas dengan keadaan seperti berikut??:

1. "Aku sayang nak tinggal tengok siri "..." kat dalam TV tiap-tiap episod."

2. "Aku tak boleh miss tengok bola (tapi boleh pulak miss Qiamullail dan solat Subuh)..."

3. "Cantiknye beg tu, cantiknye kasut ni, cantiknye make-up tu, cantiknye baju ni.. Mesti jugak kena beli (walaupun dah berlambak-lambak kat bilik tu melebihi daripada keperluan)!!"

4. "Hensemnye/cunnye "dia", tak kire camne skalipun aku mesti kena tackle dia, dia mesti jadi milik aku!!!"

5. "Syoknye dengar lagu nih, aku mesti jugak cari album penyanyi ni!! Kena kumpul semua album dia."

6. "Wah, bestnye dia tu dapat jadi penyanyi. Aku pun nak jugaklah masuk AF/ Gengstarz/Mentor/Malaysian Idol... Boleh jadi glemer cam diorang..."

7. "Aku tak boleh buat benda ni, boleh jatuh reputasi aku nanti. Kang diorang tak nak pulak undi aku masa pilihanraya nanti..."

8. "Dah azan...takpelah, lepas habis cerita/main game/ ni nanti baru sembahyang... sembahyang kat rumah je pun takpe, surau/masjid jauh, asalkan tak tinggal solat..."

Kalau nak senarai semua, jenoh tak sudah sampai bila-bila. Ha, itulah antara senarai perkara-perkara duniawi yang kadang-kadang kita tak sedar boleh melalaikan diri kita, melemahkan diri kita, seterusnya menghancurkan diri kita sendiri. Sedar tak?? Kadang-kadang kita nampak benda-benda ni macam benda kecik je, tapi benda kecik ni la yang boleh membawa impak yang besar dalam diri kita, boleh menyebabkan orang lari dari matlamat asal hidup dia sebab terlalu asyik dengan kehidupan dunia.

Saya bagi satu contohla, kita tengok filem mat salleh, mat toleh pe semua, ada unsur-unsur maksiat, paling ringan pun pegang-pegang, bercumbuan, apa perasaan kita waktu tu? Adakah kita rasa sakit hati bila perkara-perkara camtu muncul kat depan mata kita? Ataupun kita rasa biasa je, takde benda pun? Ataupun kita rasa eeii...seronoknya diorang buat camtu? Kalaulah dalam hati kita ni ada rasa benci tu alhamdulillah, tapi kalau dah sampai tahap takde rasa apa malah lebih teruk lagi berasa seronok melihat kemungkaran tu.... Tanyelah balik, kat mana iman kita sebenarnya pada waktu tu???

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Dari abu Said al-Khudri, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda, "Siapa diantara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) kengan tangannya (kekuasannya), jika dia tidak sanggup, maka dengan lisannya (menasihatinya), dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya(merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman".

(Hadis Riwayat Muslim)

Kadang-kadang (selalunya kot) kita dah sedia maklum perkara halal dan haram, apa yang Allah suruh, apa yang Allah tegah, tapi kita still tak nak buat apa yang disuruh, still nak buat jugak apa yang dah ditegah. Tak nak tundukkan ego di depan Allah. Kenapa boleh jadi macam tu ye? Itulah namanya kita ni termasuk dalam orang-orang yang mempunyai penyakit al-Wahn tu. Terlalu sangat cintakan kehidupan kat dunia ni sampai mengabaikan perintah Allah. Sebab tu musuh-musuh kita (Yahudi La'natullah, golongan-golongan kafirun, munafiqun) dah hilang rasa takut pada kita (umat Islam) dan sewenang-wenangnya memperlakukan apa yang diorang nak pada saudara-saudara se-Islam kita, buatlah filem fitna, karikatur Nabi Muhammad SAW... Kita pulak dok leka, khayal je dengan hidup ni... Kalau sedar pun kejap je, kalau boikot pun waktu tu je, lepas tu beli balik barang-barang yang tak patut dibeli tu.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kehidupan disekeliling kita pada hari ni menjadi bukti bahawa ramai di antara kita terlalu cintakan dunia melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Kalau rasa cinta kat dunia tu lebih daripada cinta pada Allah dan Rasulullah, adakah individu tu akan bersungguh-sungguh untuk nak sampaikan Islam kepada orang ramai? Adakah individu tu akan berusaha semahu-mahunya untuk mengubah kehidupannya dan keadaan sekelilingnya, termasuk keluarga dan jiran tetangganya? Adakah individu itu sanggup untuk korbankan apa sahaja yang ada di dunia ni(pointer 4.0, dapat anugerah dekan setiap sem,..) semata-mata ingin menegakkan syariat Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan bagi menubuhkan Daulah Islamiyah(negara Islam) tu sendiri???

Selalu timbul persoalan-persoalan ni dalam diri kita kan? Sedih, kononnya tak sanggup dapat pointer yang boleh menyebabkan ibu dan ayah kecewa. Tapi sampai satu tahap, barulah saya faham. Bukan kita tak sayangkan ibu dan bapa kita, tapi seharusnya cinta pada Allah dan Rasulullah tu diletakkan pada level yang paling atas dalam hidup kita. Dan disebabkan kuatnya perasaan cinta pada Allah dan Rasulullah inilah yang banyak memberikan kekuatan dan motivasi dalam diri seseorang tu untuk terus bangkit walau bermacam-macam ujian menimpa diri. Cinta kepada Allah dan Rasulullah-lah yang menyebabkan individu tu sanggup ketepikan segala rasa kekecewaan dalam diri, dan terus lakukan apa yang patut dilakukan agar Islam terus tersebar, agar ada mata-mata rantai yang bakal menyambung perjuangan menyebarkan Islam, agar perjuangan Islam tidak akan terhenti generasi ke generasi... Dan perjuangan ini bukan hanya sekadar berhenti selepas keluar Universiti, bahkan berterusan sampai mati... Insya Allah...

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah, "Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad dijalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq."

(Surah At-Taubah; 9: Ayat 24)

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Apakah (orang-orang) yang memberi minuman kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam, kamu samakan dengan orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim."

(Surah At-Taubah; 9: Ayat 19)

Bak kata orang, cinta itu buta. Begitu hebatnya kuasa cinta ni dalam mempengaruhi diri seseorang. Kalau kita cintakan Allah lebih dari segala-galanya, walau macam mana susah pun kita akan teguh dan tetap berusaha menyeru serta mengamalkan suruhan Allah. Kita juga akan tegah orang lain daripada menderhakai Allah, dalam masa yang sama kita juga akan tinggalkan maksiat semata-mata kerana cinta yang mendalam kepada Sang Pencipta, walaupun kita sebelum ni lazim dan begitu senang melakukan maksiat tersebut.

Kalau cinta kita pada Allah melebihi daripada segalanya, kita sanggup merasa pedih meninggalkan couple kita sebab tahu Allah tak suka. Kalau kita cintakan Allah sepenuh hati, dia tidak kisah untuk menginfakkan semua hartanya di jalan Allah. Kalau Allah adalah cinta teragung kita, segala kecintaan kita pada dunia semua dalam lingkungan dan tidak melebihi batasan yang dah Allah tetapkan, semuanya mengikut syariat Allah...

Ada seorang junior (Alia) pernah tanya saya, macam mana nak dapat cinta Allah tu? Susah sangat... Ya, memang susah. Memang susah sekiranya kita belum mampu untuk lepaskan semua yang ada kat dunia ni dan hanya mengharapkan redha Allah semata-mata. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Tapi, once cinta Allah dah diperolehi, betapa manis rasanya bercinta dengan Allah. Kita akan mendapat kekuatan dan ketahanan jiwa yang luar biasa. Tiada benda lain yang diharapkan melainkan untuk bertemu dengan cinta sejatinya.

"Hasbi robbi jallallah, ma fi qolbi ghoirullah..."

Semoga memperoleh cinta Allah. Wallahua'lam Bissowab.

- Umar

Wednesday, November 4, 2009

ISLAM di Malaysia pada 40 tahun akan datang...

Sama-sama kita hayati. Indahnya hidup ini jika ada kebersamaan dengan Ilahi.....

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.

"Assalamualaikum, pakcik. Tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat.
Kebersihan itu separuh daripada iman." Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.

"Pakcik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka... Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.

"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab.
Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.

"Assalamualaikum. Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini.Kami terpaksa mendenda pakcik.Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman.Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."

Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya.

Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? "Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita
selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,"kata pegawai
berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

"Oh, oh. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian
zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan.

Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman. "Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa."

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?" Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. "Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini."

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

"Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas
sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat..."

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Dia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari
sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya
sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"
Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu. Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan. "Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad, pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs. Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan," terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni..."
"Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu...
Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya.
Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng-gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya ! Apa peliknya?",

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!

Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin
lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera
sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa.
Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah. Dia nampak simpati.
Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.
Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.

Oh... keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnya kepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi. "Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang. Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang. Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya.
"Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden
Datuk Dr.Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu:

MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN
NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA

Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit. Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA'. Kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.

Dibacanya dengan teliti...

FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADIï..

Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"

"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.

Kemudian getaran suara bergema

.... Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip sayang di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta.......
stanza hati merindu Ilahi!"

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah…"
Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.

"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah."

"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."

" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar
lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati.
Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi. Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ".

Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa?Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.

"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !" Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu. "Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah !!? " tanya Datuk Dr. Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"ISLAM !!?? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"

"Pasakkan Sabar Teguhkan Istiqamah!"

Tuesday, October 13, 2009

Aidilfitri Yang Diratapi


Aidilfitri yang datang kali ini benar-benar menguji kesabaran, ketabahan dan sifat kemanusiaan kita. Di masa-masa kita bergembira tiba-tiba kita di gemparkan dengan Taufan Ketsana yang mengorbankan lebih 400 orang di Filipina, Vietnam dan Kemboja di ambang penghujung ramadhan dan di awal syawal. Ianya disusuli dengan peristiwa gempa bumi di negara jiran kita Indonesia.Padang yang dulu megah dengan cendiakawan kini tidak ubah seperti padang jarak padang tekukur.Gempa berukuran 7.6 pada skala Richter itu, yang melanda pada 30 September lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 807 orang dan memusnahkan kemudahan perubatan di bandar Padang dan kawasan sekitarnya.
Ketika kita enak makan lemang,ketupat dan rendang mereka hanya makan mee segera dan biskut kering sahaja. Ketika kita berpakaian raya baru mereka pula sehelai sepinggang tanpa pakaian. Bukan sekadar di Indonesia sahaja. Juga turut di ratap bersama pada hari sama juga, tsunami membadai Samoa Amerika dan Samoa Barat, mengakibatkan hampir 150 orang maut. Ianya tidak habis disitu, beberapa hari lalu, Filipina sekali lagi dilanda musibah taufan disifatkan sebagai 'super typhoon' dikenali Taufan Parma, mengakibatkan banjir kilat yang mengorbankan hampir 300 orang di Manila dan sekitarnya. Taufan itu melanda timur laut pulau Catanduanes di tengah Filipina pada kelajuan 180 kilometer sejam, meniup kencang menghala ke arah barat daya menuju tanah besar Luzon, dengan membawa hujan yang amat lebat. Aidilfitri terus disambut dengan ratapan tangisan apabila pembunuhan 3 orang muslim serta penahanan 60 orang murid dan guru sekolah agama di Selatan Thai.Mungkin asyik kita bermain mercun bom di kampung halaman, Palestin masih berjaga-jaga mengelak bom dari laknat Yahudi. MasyaAllah...
Diluar kemampuan kita untuk membantu mereka di luar negara, hanya doa dan sedikit bantuan dari jauh boleh dihulurkan. Di Malaysia juga kita mengalami permasalahan. Aidilfitri yang disambut dengan gembira oleh kebanyakan orang, tetapi masih ada lagi yang sedih. Menangguh kemiskinan,kemelaratan,kesengsaraan dan kesakitan yang meruncing. Adakah kita bersama mereka? Pernahkah kita merasa seperti mereka? Dimana kita ketika mereka berduka? Dimana bantuan kebajikan? Dimana dakwah dari kita? Hanya penuh dakyah kristian yang bertemakan kebajikan membantu mereka... Adakah kita peka hal ini? Renung-renunglah wahai sahabat. Sama-sama kita bersyukur dengan kurnia kepada kita dan sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan sumbangan psikologi, kewangan, rohani dan fizikal.

Mukhlis

Monday, September 21, 2009

Antara Aqidah, Ibadah & Syariat


Bismillah pembuka bicara, hari raya dah masuk hari yang kedua. Saya pun takdelah berperasaan sangat untuk beraya. Biasa-biasa jek.. UTM KL ngan UTM Skudai cuti raya seminggu. Naik cuti nanti banyak test yang menanti, tapi hati ni takde nak beraya sangat, nak tumpu stadi untuk test pun tak jugak. Semalam cam biase, kami sekeluarga akan berangkat dari Seremban ke Klang. Biasanye hari first pergi beraya kat rumah Cik Ngah ngan Nenek Uteh. Hari ni takde keluar ke mana-mana, duduk rumah nenek je. Ada masa terluang ni, nak la cerita sikit pasal apa yang saya dapat daripada menelaah buku "Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam di Malaysia" tulisan Mohamad Fauzi Zakaria yang baru je habis dibaca pada hari terakhir Ramadhan hari tu (buku pinjam je).

Masa mula-mula saya baca buku ni, ada diterangkan tentang latar belakang Sayyid Qutb. Saya tersangat kagum bila baca bagaimana Sayyid Qutb dididik sejak kecil, beliau dah hafal Al-Quran masa berumur 10 tahun. Sebab tu Sayyid Qutb boleh jadi seorang yang sangat hebat bila dah besar. Semasa beumur 15 tahun, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mesir dan menetap bersama pak ciknya. Sayyid Qutb lebih dikenali sebagai seorang penulis sebelum beliau menyertai Jemaah Ikhwanul Muslimin. Jadi, memang banyak karya yang dah diterbitkan. Lagilah suasana kat Mesir pada masa tu memang suasana orang suka membahaskan serta mengkritik karya-karya. Masing-masing ada pengaruhnya sendiri. Sayyid Qutb pun tak ketinggalan jugak mengetengahkan karya beliau.

Kalau nak tahu lebih lagi kenalah baca sendiri buku ni. Memang sangat best! (maybe sebab buku ni memang ngam dengan jiwa saya yang bersifat haraki). Bila dibaca pemikiran Sayyid Qutb mengenai masalah umat, susah nak ditolak pemikiran beliau sebab daripada penjelasan dan hujah serta dalil yang digunakan, terus terang saya cakap, saya membenarkan segala apa yang telah ditulis oleh beliau. Dan saya benarkan apa yang diterangkan bukan hanya taqlid (mengikut) semata-mata ataupun sebab saya fanatik dengan Sayyid Qutb, tapi sebab berdasarkan hujah dan dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang dikemukakan membuatkan saya akui kebenaran kata-katanya.

Pemikiran Sayyid Qutb lebih memfokuskan soal Aqidah. Semua masalah orang tak amalkan Islam sepenuhnya daripada rakyat sampailah kepada kerajaan, semuanya disebabkan orang-orang Islam sendiri mempunyai masalah aqidah. Saya tahu, ramai yang dah tahu pasal benda ni. Tapi bila diterangkan dengan lebih mendalam mengenai pecahan-pecahan tauhid, kadang-kadang saya pun tak terfikir dan saya rasa orang lain pun tak terfikir apa yang dikatakan Sayyid Qutb dalam buku ni. Okay, saya akan terangkan.

Yang selalu kita dah tahu, dah belajar secara teori sebelum ni, tauhid dibahagikan kepada 3; Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sifat. Tauhid Rububiyyah ialah beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid Uluhiyyah pula ialah menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Abu A'la Al-Maududi membahagikan pemahaman mengenai definisi Rabb (Rububiyyah) dari segi bahasa kepada:

1. Pendidik dan penjaga
2. Penjaga dan pengawas
3. Ketua tempat mengadu dalam masyarakat
4. Ketua yang ditaati, yang memiliki hukum dan berkuasa melaksanakannya
5. Raja dan Yang di-Pertuan

Kita juga ketahui daripada apa yang kita pelajari time sekolah-sekolah dulu, yang membezakan kita (Muslim) dan Kafir ialah dari segi Tauhid Uluhiyyah iaitu percaya bahawa Allah sahaja yang patut disembah dan patut dipatuhi.

Secara generalnya, apa yang kita faham berdasarkan definisi Uluhiyyah di atas ialah soal mengabdikan diri kepada Tuhan yang satu, berkaitan dengan solat, puasa, pakaian dan sebagainya (lebih kepada menyentuh soal cara kita beribadah - 'Ubudiyyah). Tapi, yang menjadi fokus utama Maududi dan Sayyid Qutb ialah berkenaan dengan Uluhiyyah. Apa yang dirungkaikan adalah perkara yang biasa kita tak sedar dalam kehidupan seharian kita - konsep Al-Hakimiyyah dalam Tauhid Uluhiyyah. Konsep Al-Hakimiyyah Allah SWT menyentuh tentang hak Allah dalam menentukan hukum dan sistem perundangan manusia sebagai hamba dan makhluk-Nya.

Muhammad Al-Ghazali menyatakan keyakinan terhadap La Ilaha Illallah bermakna tidak ada suatu pun di alam ini berhak menduduki tempat Ubudiyyah melainkan Allah. Bagaimanapun, katanya, kebanyakan manusia lupa terhadap hakikat ini dengan tidak memberikan pengabdian setulusnya kepada Allah. Beliau juga mengatakan kesyirikan yang berlaku di kalangan Musyrikin Arab ataupun Nasara ialah dari sudut Uluhiyyah. Mereka tidak mengingkari hak Allah sebagai penguasa yang mencipta dan pemberi rezeki tetapi syirik kerana menolak asas Uluhiyyah iaitu hak menerima pengabdian semutlaknya tanpa sekutu.

Menurut Abu Bakar Al-Jaza'iri, Tauhid Al-Uluhiyyah juga adalah Tauhid Al-Ibadah. Ini adalah bahagian terpenting di dalam aqidah kerana ia adalah kemuncak kepada Tauhid Rububiyyah dan Asma' Wa Sifat. Tanpa pengesaan Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Asma' Wa Sifat tidak bererti sama sekali. Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dari sudut ibadah, di mana seluruh apa yang disyariatkan oleh Allah mestilah diterima dengan penuh pengabdian.

Sementara Yusuf Al-Qardhawi pula dalam Haqiqah Al-Tawhid, mengatakan bahawa Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dari sudut pengabdian, ketundukan dan ketaatan semutlaknya. Tidak akan terlaksana tuntutan Al-Tauhid tanpa dilaksanakan Tauhid Uluhiyyah.

Abu A'la Al-Maududi, dalam Al-Mustalahat Al-Arba'ah fi Al-Quran mengatakan bahawa Al-Ilahiyyah dari sudut bahasa Arab berasal daripada perkataan Ilah. Al-llah menurut beliau bermakna Al-Ma'bud. Sedangkan intipati kepada persoalan dan hak Uluhiyyah ialah Al-Sultan. Ia bermakna kuasa yang mendaulat sama ada dari sudut sumber tertinggi yang menguasai hukum dan peraturan alam, ataupun hukum dan peraturan di dunia yang menuntut ketaatan daripada manusia.

Tauhid Uluhiyyah atau Ubudiyyah bagaimanapun diperluaskan skopnya oleh Sayyid Qutb kepada soal-soal Hakimiyyah dan Tasyri'. Persoalan-persoalan ini merupakan perkara baru di dalam perbahasan ilmu Tauhid. Ia pertama kali dibincangkan secara terbuka dan meluas oleh Maududi dalam bukunya Al-Mustalahat Al-Arba'ah fi Al-Quran.

"Mereka mengambil pendeta-pendeta dan paderi-paderi mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Begitu juga Al-Masih putera Maryam. Sedangkan mereka tidak diperintahkan mengabdikan diri kepada Ilah (tuhan) yang Esa. Tiada Ilah (tuhan) melainkan Dia."

(At-Taubah : 31)

"Apakah kamu tidak melihat orang yang menjadikan nafsunya sabagai Ilah (tuhan)."

(Al-Jatsiah: 23)

"Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang mensyariatkan kepada mereka dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah."

(Asy-Syura: 21)

Maududi menyatakan di dalam ayat-ayat ini terdapat sebutan Ilah dan Syuraka' (sekutu-sekutu) sebagai menggantikan Ilah. Ilah yang dimaksudkan di sini bukan merujuk kepada Tuhan yang berkuasa memberi manfaat dan mudharat, teteapi Ilah dalam konteks menerima perintahnya sebagai Syariah, memerintah dengan perintahnya dan mencegah dengan tegahannya. Begitu juga mengikutinya dalam menentukan halal dan haram dan mendakwa mereka (Ilah) mempunyai hak ke atas perkara-perkara tersebut.

Mengenal kondep syirk yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut adalah syirik kepada Allah dan sudut Uluhiyyah. Ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang menerima apa yang diciptakan oleh seseorang ataupun sekumpulan manusia daripada undang-undang ataupun syariah ataupun garis panduan, sebagai undang-undang yang sah, sedang ia tidak berdasarkan kepada perintah Allah, sesungguhnya orang-orang yang menerimanya itu telah syirik kepada Allah dari sudut Uluhiyyah - Al-Hakimiyyah.

"Katakan, wahai ahli Kitab, marilah semuanya berpegang kepada satu kalimat yang sama antara kami dan kamu. Jangan kita mengabdikan diri melainkan kepada Allah. Jangan kita syirk kepada-Nya dengan sesuatu. Dan jangan kita menjadikan antara satu dengan yang lain tuhan-tuhan (Arbaban) selain dari Allah."

(Ali Imran: 64)

Maksud "jangan kita menjadikan antara satu dengan yang lain tuhan-tuhan selain dari Allah" di sini bukan sekadar larangan daripada menyembah manusia, tetapi turut bermakna jangan kita patuh dan taat kepada undang-undang yang ditetapkan oleh manusia yang bertentangan dengan Hakimiyyah dan Tasyri' Allah.

"Apakah kamu akan membiarkan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di muka bumi meninggalkan kamu dan Ilah (tuhan) kamu."

(Al-A'raaf: 127)

"Wahai para pembesar, aku tidak mengetahui Ilah (tuhan) yang lain bagi kamu selain dariku."

(Al-Qasas : 38)

"Jika kamu menyembah Ilah (tuhan) yang lain selain dariku kamu akan kami penjarakan."

(Asy-Syu'araak : 29)

Maududi menerangkan, ayat-ayat ini menjelaskan bahawa Firaun bukan mendakwa hak Uluhiyyah yang menciptakan alam ini dan mentadbirkannya. Begitu juga dia tidak menafikan kewujudan tuhan selain daripada dirinya. Sebaliknya kenyataan-kenyataan Firaun dan pembesar-pembesarnya lebih bersifat politik kebangsaan yang sempit. Mereka sebenarnya mengetahui hakikat Allah yang sebenar sejak Yusuf a.s memerintah Mesir di zaman sebelumnya. Berdasarkan kepada sejarah mereka memahami bahawa apabila mereka menerima seruan Musa a.s bermakna mereka akan menyerahkan kuasa politik kepada Bani Israel sebagaimana yang berlaku di zaman Yusuf a.s memerintah Mesir dahulu. Ini memandangkan seruan Musa a.s bukan hanya terbatas kepada Rububiyyah dari sudut Allah pencipta alam sahaja, tetepi juga dari sudut bahawa Allah adalah pemilik sebenar kepada hak menentukan suruhan dan tegahan, yang mempunyai kuasa sebenar dari sudut politik dan pemerintahan.

Gitulah dia ye, mungkin pembaca semua dapatlah view apa yang nak disampaikan melalui pembacaan buku ni. Alhamdulillah, pada saya banyak ilmu yang dah saya dapat bila baca buku ni. Banyak benda yang saya tak tahu jadi tahu. Sebenarnya banyak lagi penjelasan dalam buku ni yang merungkai banyak persoalan yang sering terngiang-ngiang dalam benak fikiran kita.

Bila dah habis baca buku ni barulah saya faham kenapa kita perlu menentang kerajaan kita, kenapa PAS tak boleh bergabung dengan UMNO, tapi boleh bergabung dengan PKR ngan DAP, baru saya faham kenapa PAS buat macam tu dan macam ni, kenapa Anwar Ibrahim buat macam ni... Banyaklah lagi! Tak rugi baca. Jadi, marilah sama-sama kita baca buku Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia. InsyaAllah banyak input yang kita akan dapat....

Wallahua'lam Bissowab.

P/s: Politik dengan kehidupan seharian tak boleh dipisahkan

Ditulis oleh: Umar
 
Ke Arah Generasi Dae. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.